Pil Suplemen Tomato Kurangkan Risiko Serangan Jantung - Penyelidik Universiti Cambridge

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARA penyelidik dari Universiti Cambridge mendapati sejenis suplemen kesihatan yang mengandungi bahan yang diakstrak dari kulit tomato mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan juga strok.

Mereka juga mengesahkan mengambil pil tersebut sebiji sehari dalam bentuk suplemen mampu melonjakkan aliran darah dan menyihatkan arteri.

Pil tersebut yang dinamakan 'Ateronon' mengandungi bahan kimia yang diambil dari kulit buah tomato yang bertanggungjawab menjadikan buah itu berwarna merah apabila ranum.

Para penyelidik kini yakin, pil suplemen itu mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan menyelamatkan nyawa manusia untuk janga masa panjang.

Ia juga didapati berkemampuan meningkatkan fleksibiliti arteri sehingga 50 peratus.

Menurut laporan akhbar Britain, The Mail pada Isnin, para penyelidik universiti berkenaan juga berharap hasil penemuan ini akan turut membawa manfaat kepada para pengidap penyakit arthritis, diabetes malah memperlahankan serangan penyakit kanser.

Lapor akhbar itu lagi, kajian sebelum ini mendapati mengamalkan diet ala-Mediterranean yang kaya dengan tomato, ikan, sayur-sayuran, kekacang dan minyak zaitun boleh secara signifikan mengurangkan kolesterol serta membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular.

Hasil kajian yang dijalankan dalam tempoh dua bulan melibatkan pil suplemen 'Ateronon' ke atas 36 pesakit jantung dan 36 sukarelawan yang sihat yang berusia 67 tahun telah dibentangkan pada persidangan Persatuan Jantung Amerika.

Penyelidik Unit Klinikal Universiti Cambridge, Ian Wilkinson dipetik sebagai berkata: "Keputusan yang diperolehi ini sangat-sangat memberansangkan dan kini para penyelidik menumpukan perhatian sama ada ia akan memberi kesan positif yang signifikan ke atas penyakit strok dan jantung."

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan