PAS Mahu Fail Injuksi Halang Projek Rapid

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan permohonan injuksi bagi menghalang Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) Pengerang diteruskan dan melakukan siasatan ke atas penduduk yang terjejas.

Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), Salahuddin Ayub berkata, permohonan akan difailkan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associate di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu ini.

Salahuddin berkata, kesan itu melibatkan isu kematian tragis tiga sekeluarga di Kampung Jawa, Pengerang yang membunuh diri minggu lalu.

Naib Presiden PAS itu turut mempertahankan dakwaan antara salah satu punca kematian tragis itu adalah kerana tekanan perasaan ekoran tanah yang bakal diambil berdasarkan sumber dipercayai, dan beliau turut menuntut satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kematian keluarga terbabit.

“Satu jawatankuasa khas mesti ditubuhkan untuk menyiasat apa punca sebenar kematian tiga beranak itu supaya mereka dapat pembelaan sepenuhnya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut pada Isnin.

Dakwaan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan polis minggu lalu yang menyatakan motif sebenar adalah kerana tertekan dengan masalah keluarga apabila terpaksa menjaga isterinya yang strok dan anaknya yang ‘down syndrome’.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan