Kerjasama Ekonomi Di Sempadan Malaysia - Thailand Perlu Diperkukuh - Raja Muda Perlis

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu kerjasama ekonomi di kawasan sempadan Malaysia dan Thailand diperkukuh melalui pelbagai ruang selain meningkatkan promosi bersama dalam sektor pelancongan.

Baginda bertitah hubungan Malaysia dan Thailand begitu rapat terutama bagi wilayah dan negeri yang bersempadan dan ia pastinya akan memudahkan kerjasama itu melalui komitmen dan strategi bersama.

Bertitah pada majlis menghadap delegasi pentadbiran daerah Sadao, Thailand yang diketuai Timbalan Gabenor Songkhla, Surakphon Phanatamon di Galeri Diraja Istana Arau hari ini, baginda berharap bayangan negatif seperti ancaman keselamatan di wilayah dan negeri bersempadan perlu dipadamkan melalui usaha berterusan mengawal ancaman itu oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

"Faktor keselamatan perlu menjadi keutamaan di kedua-dua negara," titah baginda kepada delegasi 25 pegawai kanan itu yang turut disertai Pegawai Daerah Sadao Chamlong Kraidith.

Baginda yakin kunjungan para pegawai Thailand ke Perlis menjadi salah satu platform mengeratkan jalinan persahabatan di samping menyuburkan semangat saling memahami dalam pelbagai aspek termasuk agama, budaya, ekonomi dan sosial.

Tuanku Syed Faizuddin turut menekankan tentang pentingnya usaha mengurangkan halangan bahasa di sempadan melalui penggalakkan penggunaan bahasa perhubungan antarabangsa seperti bahasa Inggeris di samping penduduk Thailand perlu berusaha menguasai bahasa Melayu dan penduduk Malaysia pula bahasa Thai.

"Halangan berbahasa menyukarkan proses berkomunikasi dan paling membimbangkan ialah kemungkinan berlaku penyaluran dan penerimaan maklumat yang kurang tepat di kedua-dua belah pihak," titah baginda.

Baginda turut berharap para peniaga yang beroperasi di sempadan supaya sentiasa mengamalkan budaya niaga yang bersih bagi membantu membangunkan ekonomi dan juga pelancongan.

Selain itu, menurut baginda, rakyat kedua-dua negara perlu diberi maklumat tentang kemudahan mendapatkan makanan halal dan masjid bagi para pelancong beragama Islam di sempadan kedua-dua negara.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Polis Perlis ACP Zull Aznam Haron. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan