Isu Pemilihan DAP: Pakar IT Kata Ia Lebih Kepada Kesilapan Manusia Bukan Teknikal

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakar perisian komputer berpendapat, apa yang berlaku dalam kontroversi pemilihan pucuk pimpinan DAP baru-baru ini bukanlah satu kesilapan teknikal tetapi lebih kepada kesilapan manusia.

"Ia adalah kesilapan manusia kerana memasukkan data atau informasi yang tidak betul," kata seorang pakar perisian dan pakar runding teknologi yang bercakap atas syarat namanya tidak disiarkan.

Beliau melabelkan alasan yang diberikan oleh DAP bahawa kesilapan dalam pengiraan undi itu sebagai kesilapan teknikal adalah sebagai 'fiksyen'.

"Jika benarlah ia adalah kesilapan teknikal kenapakah pengarah pemilihan parti itu, Pooi Weng Keong terpaksa meletakkan jawatan," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian katanya, alasan kesilapan teknikal itu dicipta untuk membawa masuk Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari ke dalam barisan kepimpinan 'secara sah'.

Pemilihan pucuk pimpinan pusat DAP pada 15 Disember lalu telah mencetuskan kontroversi apabila diumumkan dua minggu selepas itu bahawa terdapatnya kesilapan teknikal yang membawa kepada perubahan kepada kedudukan beberapa calon yang menang dan kalah.

Perubahan itu menyaksikan Zairil yang menduduki tempat ke-39 dengan 305 undi telah melonjak ke tangga yang ke-20 (803 undi) iaitu tangga terakhir untuk layak menduduki 20 kerusi ahli jawatankuasa eksekutif pusat.

Sebaliknya calon yang diisytiharkan menang tempat keenam iaitu Vincent Wu (1,202 undi) diumumkan kemudian hanya memperolehi 669 undi (tempat ke-26) dan sekaligus tersingkir dari jawatankuasa eksekutif pusat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi alasan, perubahan pada keputusan pemilihan itu mengambil masa untuk diumumkan semula kerana ramai pemimpin utama parti sedang bercuti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan