Isu Keputusan CEC DAP: Helah Politik, Pancing Undi Melayu - Tun M

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

DAP, katanya terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

"Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

"Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

"Itu satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sebelum itu, Dr Mahathir menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

DAP yang didominasi kaum Cina dikritik pelbagai pihak apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC tersingkir setelah kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP bulan lepas.

Namun, pada minggu lepas, DAP mengumumkan berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang pada mulanya kalah, menjadi calon Melayu tunggal yang memenangi pemilihan CEC. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan