Himpunan 12 Januari: Pembangkang Tegas Mahu Stadium Merdeka

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang tetap ingin meneruskan demonstrasi Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka walaupun masih belum mendapat permit penganjuran.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata hingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak berkuasa dan pengurusan Stadium Merdeka.

Justeru tegas beliau, pihaknya tidak akan tergak-agak untuk menggerakkan peserta demonstrasi agar berhimpun di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur sebagai tanda protes sekiranya mereka gagal mendapatkan permit secara sah.

"Kita nak tahu, memandangkan ia akan diadakan pada hari Sabtu ini, pihak kerajaan dan polis harus bagi persetujuan (guna Stadium Merdeka) secepat mungkin.

"Kalau tidak kami akan teruskan perhimpunan kita di pusat bandaraya Kuala Lumpur...jangan salahkan pihak Pakatan Rakyat lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Isnin.

Ditanya ada pembangkang sememangnya menjangkakan akan berlaku kekecohan pada perhimpunan berkenaan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, jangkaan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman penganjuran perhimpunan seumpa itu sebelum ini.

"Ia hanya berdasarkan pengalaman lalu...banyak benda-benda (tidak dijangkakan) berlaku. Jadi kita tak nak (huru-hara) berlaku. Sebab itu kita buat jangkaan awal," katanya.

Berhubung sama ada penganjur mempunyai pelan alternatif sekiranya Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pihak pengurusan Stadium Merdeka enggan memberikan kebenaran, Abdul Rani bertegas agar penganjuran himpunan itu diadakan di stadium berkenaan.

"Sehingga sekarang kita tak dapat apa-apa maklum balas sama ada daripada polis, DBKL atau pengurusan Stadium Merdeka.

"Jadi apa yang akan berlaku seterusnya (sekiranya tiada kebenaran)...we will cross the bridge until come into it," katanya.

Sebelum ini Pengarah himpunan berkenaan, Mohamad Sabu, memberi jaminan bahawa penganjuran himpunan pada Sabtu ini akan berlaku dalam suasana yang aman.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata pihaknya sehingga kini masih lagi menunggu jawapan pengurusan Stadium Merdeka terhadap surat permohonan bagi menggunakan stadium yang dihantar 26 Disember lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan