DAP Perlu Buat Pemilihan CEC Baharu Untuk Bukti Ketelusan - BN P.Pinang

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu DAP mengadakan semula pemilihan bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar mengamalkan prinsip "Cekap, Akauntabiliti dan Telus" (CAT).

Pengerusi Perang Saraf BN Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata sehubungan dengan itu kesemua anggota CEC yang telah terpilih pada pemilihan parti Disember lepas perlu meletak jawatan.

"Mereka harus bertanggungjawab atas apa juga kesilapan yang berlaku, kesemua mereka 20 anggota CEC perlu letak jawatan dan buat pemilihan semula bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

"Itu sahaja yang perlu mereka lakukan dan tidak perlu lakukan yang lain, buktikan bahawa mereka mengamalkan prinsip CAT yang dilaung-laungkan selama ini," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau mengulas mengenai isu kesilapan teknikal dalam pengiraan undi yang menimbulkan kontroversi cukup besar dengan pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan orang Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu.

Kontroversi itu timbul ekoran DAP membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Dis lepas dan tiada orang Melayu menang dalam pemilihan itu.

Pindaan keputusan pemilihan CEC itu didakwa menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan parti itu pelbagai kaum.

Sementara itu Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanggungjawab atas kontroversi yang berlaku dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.

"Beliau (Lim) sebagai setiausaha agung parti perlu bertanggungjawab, jangan selalu menyalahkan orang lain, dan jangan suruh orang lain letak jawatan. Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang melucukan," katanya.

Baru-baru ini DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Disember lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, sekali gus terpilih sebagai anggota CEC.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan