Buku Sejarah Pembinaan Kompleks Istana Negara Dilancarkan Rabu Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku "Istana Negara Lambang Kedaulatan dan Keagungan Raja-Raja Melayu" mengisahkan pembinaan dan kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan Kompleks Istana Negara, akan dilancarkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Rabu ini.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Sultan Badlishah juga dijadualkan menghadiri pelancaran itu, yang akan disempurnakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, beberapa menteri Kabinet dan orang kenamaan.

Pengarah penerbitan yang juga pengarang buku itu, Datuk Md Nizam Md Sheriff berkata, idea penerbitan khas buku itu dicetuskan oleh Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Yang di-Pertuan Agong yang ke-12, yang mahu ia menjadi bahan rujukan dan pemahaman tentang mercu tanda negara buat generasi sekarang dan akan datang.

Beliau berkata, menerusi buku itu, rakyat berpeluang mengetahui fungsi tempat istiadat utama dan persemayaman Yang di-Pertuan Agong serta rupa bentuk dan ruang-ruang rasmi diraja.

Selain itu, buku itu juga mengisahkan singgahsana yang menjadi lambang kebesaran takhta kerajaan sesebuah negara di mana raja yang memerintah akan bersemayam dengan penuh berdaulat lagi mulia, katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

"Kompleks Istana Negara yang menjadi mercu tanda dan simbol kebanggaan Sistem Pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia turut memaparkan ciri-ciri estetika khusus dan hiasan dalaman yang boleh menjadi khazanah negara," katanya.

Md Nizam berkata, buku itu juga menghuraikan dan memaparkan ruang-ruang rasmi, keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman tradisional Melayu, seni bina Islam dan seni bina moden dengan corak yang dihasilkan mempunyai motif tersendiri.

Katanya, sejak negara mengecapi kemerdekaan terlalu banyak perubahan dan pembangunan dilakukan bagi memartabatkan negara di peringkat antarabangsa.

"Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

"Terbinanya Istana Negara Jalan Duta, merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan kali pertama kerajaan mendirikan kompleks istana buat Yang di-Pertuan Agong bersemayam," katanya.

Buku bergambar dan berwarna terbitan Maju Maya (M) Sdn Bhd itu mengandungi 287 muka surat yang memuatkan titah Raja Perlis, perutusan Perdana Menteri, susunletak ruang istana, seni reka bentuk dan ukiran, sejarah pembinaan dan upacara-upacara penting. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan