BN Punya Perancangan Rapi Laksana Pembangunan Orang Asli

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LIPIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai perancangan bersepadu dan rapi dalam melaksanakan pembangunan yang lebih baik dan terancang di perkampungan Orang Asli seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany berkata ini kerana kerajaan mahu melihat masyarakat Orang Asli maju dan berdaya saing sama seperti masyarakat lain.

"Kerajaan BN tidak memilih kaum dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat, malah semua rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang akan diberi bantuan menikmati pembangunan hasil kerajaan yang mereka pilih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan makanan berkhasiat, peralatan persekolahan dan wang tunai kepada 2,600 ketua isi keluarga dan 2,040 anak Orang Asli di Pos Betau, Jelai dekat sini, Ahad.

Katanya kerajaan tidak meminta sebarang balasan daripada setiap projek pembangunan itu, sebaliknya memadai dengan sokongan dan kepercayaan rakyat bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakan, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Devamany yang juga anggota Parlimen Cameron Highlands turut mengingatkan seluruh masyarakat Orang Asli supaya tidak terpengaruh dengan janji pembangkang yang kini ghairah untuk mendapatkan sokongan daripada mereka untuk menghadapi pilihan raya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan