YIJN Bantu Hampir 700 Kanak-Kanak Bermasalah Jantung

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 692 kanak-kanak yang mempunyai penyakit berkaitan jantung telah menerima bantuan untuk menjalani pembedahan sejak 2006 hingga November 2012 di bawah Program Bantuan Pesakit Yayasan Institut Jantung Negara (YIJN).

Pengurus YIJN, Ritzzawati Rosli Mohd Rosli berkata, bantuan itu diperoleh menerusi sumbangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan.

Beliau berkata, sehingga November tahun lepas, seramai 163 kanak-kanak telah dibantu hasil sumbangan berjumlah RM4 juta di bawah program itu.

"Setiap tahun yayasan membelanjakan purata RM2 juta untuk membiayai kos pembedahan pesakit kurang mampu yang mana setiap pembedahan menelan belanja sekurang-kurangnya RM35,000 bergantung kepada keadaan pesakit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran album muzik 'Gustav & Hannes' di sini, Ahad.

Pelancaran album itu adalah usaha sepasang suami isteri iaitu Christian Schwanz dan Haanim Bamadhaj bertujuan membantu yayasan mengumpul dana selain mengingati kematian seorang anak kembar mereka, Gustaz pada 2011 ketika berusia tiga minggu kerana masalah jantung.

Haanim berkata, sebanyak 100 keping cakera padat yang memuatkan album itu dicetak dan tiada harga jualan ditetapkan, sebaliknya bergantung kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan mereka.

"Kami berharap untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM35,000 iaitu cukup untuk pembedahan dan rawatan jantung seorang bayi," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan album berkenaan dan seterusnya menyumbang kepada YIJN boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.ijnfoundation.com. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan