Shafie Gesa Penjawat Awam Beri Komitmen Penuh Jayakan Dasar Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa penjawat awam di peringkat persekutuan dan negeri agar memberi komitmen penuh bagi melaksanakan segala dasar dan inisiatif kerajaan.

Shafie berkata komitmen seumpama itu amat penting bagi memastikan negara terus membangun dan berdaya saing selari dengan kemajuan global demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Sumbangan penjawat awam di semua peringkat perlu untuk jayakan dasar-dasar kerajaan. Kalau sistem penyampaian kerajaan terbantut, rakyat tidak akan dapat merasai nikmat daripada program pembangunan kerajaan," katanya.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno dan Anggota Parlimen Semporna berkata demikian ketika berucap sempena majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Perkhidmatan Awam dan Pelajar Ulung Kolej Risda Daerah Semporna di sini, malam Sabtu.

Shafie berkata kegagalan penjawat awam bagi meningkatkan dan memperbaiki sistem penyampaian mereka juga boleh menggagalkan usaha Malaysia menempatkan dirinya sebagai antara negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa seperti negara-negara maju yang lain.

Menurut Shafie pelbagai dasar di bawah Transformasi Kerajaan dan inisiatif ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentransformasikan negara amat jelas matlamatnya namun ia memerlukan sokongan penjawat awam untuk merealisasikannya.

Sambil memuji prestasi sumbangan penjawat awam dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan pada tahun 2012 seperti kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru di seluruh negara, Shafie meminta supaya komitmen berkenaan diteruskan dan dipertingkatkan.

Pada majlis berkenaan, Shafie turut menyampaikan sijil kemahiran kejuruteraan sistem komputer kepada 25 lulusan pertama Kolej Risda Semporna dan menyerahkan surat tawaran melanjutkan pelajaran di kolej berkenaan kepada 60 pelajar baru.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan