KLIA2 Dijangka Siap Pada Mei - PM

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Moha Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar dihadapan pesawat AirAsia yang direka khas dengan 'livery' Program Intergrasi 1Malaysia di Terminal Tambang Murah, Sepang, pada Sabtu. -Foto THE STAR Oleh: RAJA FAISAL HISHAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Moha Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar dihadapan pesawat AirAsia yang direka khas dengan 'livery' Program Intergrasi 1Malaysia di Terminal Tambang Murah, Sepang, pada Sabtu. -Foto THE STAR Oleh: RAJA FAISAL HISHAN

SEPANG: Projek KLIA 2 yang bernilai bilion ringgit dijangka siap pada Mei, 2013, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kami menjadualkan, ia akan siap pada bulan Mei. Saya memang berhasrat agar kami tidak terburu-buru dalam merasmikan KLIA2 (sehingga benar-benar bersedia).

“Namun sememangnya kami mensasarkan bahawa tarikh perasmian KLIA2 pada bulan Jun juga memandangkankan KLIA juga dirasmikan pada 28 Jun (1998),” kata Najib ketika merasmikan 'livery' khas pada pesawat 1Malaysia AirAsia di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada Sabtu.

"Saya lihat konsep 1Malaysia ini sebagai satu konsep yang cukup bermakna dan boleh membawa negara ke tahap mercu kejayaan yang kita impikan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran 'livery' khas pesawat Airbus A320 itu di Terminal Tambang Rendah (LCCT) di sini, Sabtu.

Beliau berkata, konsep itu menekankan kepada soal 'inklusif' dalam setiap usaha yang digerakkan kerajaan, kerana kerajaan sedar potensi negara boleh direalisasi jika semua pihak dapat bergerak dan bertindak sebagai satu komuniti, iaitu warga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata pesawat khas yang dilngkapi dengan seragam khas merupakan Program Integrasi 1Malaysia dengan syarikat penerbangan berkenaan.

“Kami di AirAsia bukan sahaja memakai lambang kami pada baju, tapi kami mahu keghairahan seragam khas pada pesawat dapat dilihat di langit Asean.

“Sama ada pakaian seragam Jalur Gemilang 10 tahun lalu, logo tahun melawat Malaysia mahupun logo Lat pada 2009 – kami mahu membuktikan galeri unik dan warisan kepelbagaian kaum di Malaysia pada pesawat kami,” kata Fernandes.

Sementara itu, Najib berkata AirAsia akan menawarkan penerbangan percuma bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk tempoh masa terhad sebahagian daripada program itu.

Beliau berkata, inisiatif Air Asia yang berpaksikan konsep gagasan 1Malaysia yang diilhamkan beliau itu pasti akan dapat 'mendekatkan' lagi Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.

Difahamkan butiran lebih lanjut mengenai tempoh serta perincian mengenai pengisian 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama Air Asia itu akan diumum syarikat penerbangan berkenaan minggu depan.

Perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian menaiki pesawat itu bersama beberapa pemimpin komuniti yang didatangkan khas dari Sabah dan Sarawak untuk program hari ini serta sekumpulan wartawan, berlepas menuju ke Kuantan.

Najib berkata, selain sokongan kepada program integrasi itu, kehadirannya bertujuan memberi pengiktirafan kepada Air Asia sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berjaya menampilkan diri sebagai satu jenama yang sangat terkenal di persada antarabangsa.

Beliau berkata, bermula dengan hanya dua pesawat usang kira-kira 11 tahun lepas, ia kini mempunyai lebih 146 pesawat, dan akan mencapai lebih 300 pesawat tidak lama lagi.

Seramai 20 pekerja mengambil masa kira-kira 12 hari menggunakan 121 tin cat untuk menyediakan 'Livery' pesawat 1Malaysia pada pesawat Airbus A320 yang berkapasiti 180 penumpang itu.

Pesawat itu akan diguna di laluan operasi Air Asia Berhad, yang meliputi lebih 70 destinasi di 20 negara, membawa pengalaman 1Malaysia kepada masyarakat seluruh dunia.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan