Banjir Kerana Musim Tengkujuh, Jangan Salahkan Kerajaan: Najib - Berita Semasa | mStar

Banjir Kerana Musim Tengkujuh, Jangan Salahkan Kerajaan: Najib

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Orang ramai tidak harus menyalahkan Kerajaan apabila bencana berlaku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merujuk kepada banjir baru-baru ini.

Beliau berkata terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan banjir, iaitu musim tengkujuh, dan pemanasan global yang merupakan satu fenomena di seluruh dunia.

"Banjir tidak luar biasa di Malaysia kerana musim monsun membawa hujan lebat dan angin kencang dan faktor lain adalah pemanasan global dan perubahan iklim.

"Pakar Cuaca mengatakan akan ada lebih buruk hujan daripada kebiasaan," kata Perdana Menteri apabila memberikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir di sini, Sabtu.

Menangani pemanasan global dan perubahan iklim memerlukan usaha global, kata Najib, sambil menambah bahawa pihak berkuasa akan menguruskan banjir sebaik mungkin.

Seramai 686 keluarga yang terjejas oleh banjir di Kuantan pada 24 Dis menerima RM500 setiap seorang dalam majlis tersebut. Najib berkata bahawa bayaran khas akan diikuti oleh lain-lain bentuk bantuan.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar telah mengambil bahagian dalam program gotong-royong untuk membersihkan Sekolah Agama Rakyat Al-Amin di Kampung Seri Damai di sini yang terjejas oleh banjir.

Rosmah yang juga presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan 250 ahli cawangan Pahang mengecat sekolah dan menanam pokok.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan