Banjir Di Kelantan Semakin Pulih

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 16 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh pagi ini, berbanding 22 orang malam Sabtu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh berkata 16 orang daripada empat keluarga itu dari Kampung Gong Keding, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

"Mereka dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini berikutan banjir di kawasan kampung mereka kini semakin surut," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Cuaca kini dilaporkan cerah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan