Suruhanjaya Kedaulatan Agama Islam Dicadang Ditubuhkan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mencadangkan sebuah Suruhanjaya Kedaulatan Agama Islam ditubuhkan bagi mengatasi ancaman-ancaman baru terhadap agama Islam di negara ini.

Mahamad Naser Disa berkata suruhanjaya itu perlu dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai ilmuan agama supaya setiap masalah dan aduan berkaitan agama Islam dapat diselesaikan secara muzakarah.

Beliau berkata meskipun Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf dan memartabatkan kedaulatan Islam, namun kini terdapat pihak tertentu sering melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Islam tidak sepatutnya dijadikan bahan pertimbangan politik. Penglibatan Majlis Raja-Raja akan dapat pastikan Islam sentiasa didaulatkan," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Ancaman-ancaman terhadap Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara" pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) di Pusat Islam di sini.

Katanya suruhanjaya itu perlu memastikan semua pihak termasuk rakyat bukan Islam untuk menghormati kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan. Beliau berkata ancaman kepada Islam boleh timbul dalam situasi yang dianggap kecil dan tidak penting seperti mengutamakan kepentingan hak asasi manusia serta mainan politik agama sesetengah pihak.

"Prinsip hak asasi manusia akhir-akhir ini telah melampaui batas agama Islam. Tuntutan untuk membolehkan umat Islam murtad, hak kepada LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) dan hak kesamarataan agama dikemukakan dalam suasana politik negara yang dirasakan memberi peluang untuk menghentam Islam," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mustapha Othman berkata cadangan penubuhan suruhanjaya itu sedang dipertimbangkan dan dijangka ditubuhkan akhir tahun ini.

Beliau berkata Institut Kajian Strategik Islam Malaysia yang turut dicadang untuk ditubuhkan telah pun mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

"Institut itu akan ditubuhkan bila-bila masa," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berharap satu memorandum berkaitan memperkasa kedaulatan agama Islam yang ditandangani semua ilmuan agama dan tokoh perundangan terkenal negara ini dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan