Seni Pertahan Diri Bina Ketahanan Masyarakat Setia Kepada Negara - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEHRANG: Pertubuhan seni mempertahankan diri bukan sahaja menjadi benteng mempertahankan diri sebaliknya ia dapat membina ketahanan dan jati diri masyarakat untuk setia kepada negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata seni mempertahankan diri berupaya membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan dan berkeperibadian mulia seiring dengan matlamat Malaysia menjadi negara maju dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020.

"Sesungguhnya perkara ini adalah elemen penting bagi menjayakan transformasi negara iaitu untuk menjadi negara maju dengan acuan negara kita sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kebangsaan Kali Pertama Majlis Pendekar Malaysia (MPM) di sini, Sabtu.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang menuju ambang negara maju, warisan kebudayaan negara perlu dipertahan dan disemarakkan kerana ia merupakan roh sebuah negara yang bertamadun.

"Kita tidak mahu menjadi sebuah negara maju yang ketandusan warisan budaya dan tidak menggambarkan ciri sebuah negara maju yang sebenar. Negara maju yang sebenar adalah negara yang menggalakkan perkembangan warisan seni dan budaya dengan meletakkannya di tempat yang mulia," katanya

Muhyiddin berkata warisan budaya perlu dipelihara ekoran arus kencang globalisasi yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran budaya dan pemikiran yang boleh menghakis nilai-nilai murni yang disanjung tinggi oleh masyarakat.

"Nilai-nilai menghormati orang yang lebih tua, menghormati pemimpin, guru dan berterima kasih kepada orang yang telah berjasa kepada kita semakin hari semakin dilupai oleh masyarakat," katanya.

Sekiranya nilai-nilai itu tidak dipertahan, Muhyiddin berkata masyarakat akan kehilangan roh atau kekuatan dalaman yang menjadi asas kepada sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi.

Mengenai MPM, Muhyiddin berkata 51 aliran seni mempertahankan diri menjadi anggota kepada pertubuhan itu dengan keanggotaan 2 juta orang di seluruh negara.

Beliau berkata penubuhan MPM membuktikan perbezaan budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum di negara ini bukan penghalang kepada perpaduan, malah menjadi asas kepada kekuatan sebuah negara yang kaya dengan khazanah kebudayaan yang diwarisi oleh setiap kaum.

MPM adalah satu-satunya pertubuhan yang menyatukan pelbagai seni mempertahankan diri yang diwarisi oleh pelbagai masyarakat berbilang kaum di negara ini di bawah satu bumbung, katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MPM Tan Sri Omardin Mauju. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan