Senarai Telefon Pintar Rebat RM200 Dikeluar Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senarai telefon mudah alih pintar yang ditawarkan kepada belia bagi mendapatkan rebat RM200 menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan pada minggu hadapan oleh tujuh syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tujuh syarikat itu terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Clixster, Tune Talk dan YTL Communications (YES).

Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata tujuh syarikat berkenaan perlu memaklumkan model telefon pintar itu kepada SKMM sebelum menawarkan kepada belia yang layak.

"Setelah SKMM mendapat senarai model telefon bimbit tersebut, SKMM akan menggabungkan senarai berkenaan untuk syarikat telekomunikasi keluarkan pada laman web masing-masing. SKMM akan pantau dari segi jenama yang sesuai, harga berpatutan dan tidak ada kes telefon tiruan.

"Model telefon pintar ini di setiap penjual yang dilantik mungkin berbeza antara satu sama lain. Tidak semua penjual mempunyai semua jenis telefon bimbit yang belia mahukan," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Sebelum ini Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan. Dalam pada itu Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara online di laman web skmm.gov.my untuk mendapatkan rebat RM200 itu.

"Oleh kerana terlalu ramai mengakses laman web kita pada satu-satu masa yang menyebabkan sistem menjadi perlahan. Kalau mengalami kesukaran jangan berputus asa dan jangan pula cuba klik banyak kali, masuk online semula dan buat permohonan," katanya.

Beliau berkata SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan online itu dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepuasan semua pihak.

Katanya setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 22,000 pemohon telah mendapat kelulusan menerima rebat RM200 itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan