Pusat Pemindahan Banjir Terengganu Tutup, Kelantan Kekal 22 Mangsa Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat pemindahan banjir di surau Kampung Nyatuh, Setiu, Terengganu ditutup pada Sabtu selepas semua 21 mangsa dibenarkan pulang.

Menurut portal banjir negeri, cuaca yang baik pada Sabtu membolehkan empat keluarga itu pulang dan seterusnya menjadikan pusat penempatan terakhir ditutup di negeri ini.

Jumlah korban banjir di Terengganu kekal enam orang.

Laporan tersebut turut menyebut amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Terengganu dan sekitarnya dijangka berterusan sehingga Isnin (7 Januari).

Selain itu, kawasan pantai Terengganu serta Kelantan juga terdedah kepada kenaikan paras air laut dan ia dijangka berterusan sehingga Isnin depan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Sementara itu, Di KELANTAN jumlah mangsa banjir sehingga malam ini kekal seperti petang tadi iaitu 22 orang.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada lima keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Putih. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan