Proton Labur RM2 Bilion Untuk Bangunkan Proton City

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Proton Holdings Bhd, anak syarikat DRB-Hicom Bhd, akan melabur RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah pelan penyusunan semulanya bagi Proton City di Tanjung Malim, Perak, dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Eksekutif Proton Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata pelaburan berkenaan yang termasuk program pembangunan dan peningkatan bagi bandar itu, merupakan kerjasama dengan kerajaan negeri Perak.

"Pertumbuhan yang ketara dan perkembangan intensif akan berlaku dalam rancangan tiga tahun, yang antara lain pembangunan 38 hektar bagi kediaman, 25.5 hektar bagi komersial dan 22.7 hektar lot industri," kata beliau kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Proton City di sini, Sabtu.

Pembangunan utama di bawah pelaburan itu ialah rancangan untuk membina sebuah sekolah menengah dengan kapasiti 1,200 pelajar bernilai RM40 juta yang dijangka memulakan pembinaan tahun depan, bersama-sama dengan rancangan untuk membina sebuah sekolah agama dengan kos kira-kira RM2.5 juta, katanya.

Sementara itu, semasa lawatan berkenaan, Muhyiddin mengumumkan skim gaji minimum baru untuk kakitangan Proton yang berpendapatan kurang daripada RM900 sebulan yang akan dilaksanakan DRB-HICOM dan Proton pada bulan ini.

Beliau berkata gaji minimum baru itu selaras dengan garis panduan Kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

Hadir sama semasa lawatan itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Proton City dibuka pada Ogos 2004 dan kini mengeluar tiga model Proton iaitu Persona, Gen2 dan Preve.

Kilang itu terletak kawasan seluas 517.12 hektar dan lima kali lebih besar daripada kilang Proton Shah Alam yang berkapasiti mengeluarkan 150,000 kereta setahun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan