PPP, NGO Buat Laporan Polis Klip Video Berunsur Kutukan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) dan dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap DAP yang mengeluarkan klip video yang memburuk-burukkan pemimpin negara.

PPP, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) mendakwa klip video terbitan parti pembangkang itu menampilkan beberapa kartun animasi yang mirip kepada beberapa pemimpin negara.

Presiden IRIM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata klip video yang dimuat turun dalam Youtube oleh DAP, didapati menghina dan mencemarkan pemimpin negara melalui watak melucukan melalui tarian 'gangnam style'.

"Ia adalah satu tindakan biadab yang tidak boleh diterima oleh rakyat serta menunjukkan keangkuhan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di sini.

Justeru beliau menyeru Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluar dan menyiarkan klip video itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan