Perlu Penyelesaian Kejuruteraan Atasi Tanah Runtuh - Chor

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pembinaan rumah kediaman khususnya di kawasan tanah tinggi perlu mempunyai 'penyelesaian kejuruteraan' bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata syarat itu perlu dikenakan terhadap pemaju kerana kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

"Rasanya sudah sampai masanya untuk kita lebih tegas walaupun selepas ini pemaju terpaksa berbelanja banyak (melaksanakan penyelesaian kejuruteraan), tetapi demi keselamatan rakyat kita, ia tidak boleh dikompromi.

"Di Hong Kong contohnya, semua (bangunan) di cerun tinggi, tetapi penyelesaian kejuruteraan menyebabkan bangunannya tidak mempunyai masalah. Kalau ada tanah runtuh pun, ia tidak melibatkan risiko lain," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Alor Setar menyampaikan peruntukan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Kemas di dalam kawasan parlimennya di sini Sabtu.

Sebanyak 18 KRT masing-masing menerima peruntukan RM2,000 manakala 45 Tabika Kemas masing-masing menerima RM1,000 bagi membantu memperkasakan aktiviti mereka. Chor berkata pihak yang pakar seperti Institut Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya perlu menentukan bentuk penyelesaian kejuruteraan yang boleh dilaksanakan oleh pemaju.

Beliau juga berkata kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di ibu negara tidak dapat diramal walaupun arahan telah dikeluarkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan audit terhadap kawasan berisiko.

"Pada Ogos tahun lalu, saya sudah arahkan Jabatan Kerajaan Tempatan untuk berhubung dengan semua PBT supaya melakukan audit ke atas kawasan berisiko tanah runtuh," katanya.

Beliau berkata selepas ini pihaknya akan meneliti laporan audit berkenaan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mencari jalan menghadapi masalah berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan