Penduduk Tiga Negeri Pantai Timur Dinasihat Siap Sedia Hadapi Banjir Sekali Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihat bersiap-sedia menghadapi gelombang kedua banjir ekoran ramalan hujan lebat selama tiga hari bermula Isnin ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudden Abdul Wahab berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat akan melanda tiga negeri itu disebabkan faktor angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Beliau berkata keadaan hujan lebat itu akan menyebabkan risiko banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah di samping faktor laut bergelora akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.

"Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan dinasihat supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan aktiviti lain di kawasan persisiran pantai," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sentiasa dilanda banjir agar berwaspada dengan amaran hujan lebat dan dinasihat membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Mohamed Thajudden meminta orang ramai supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diarah berpindah untuk mengelak kejadian tidak diingini.

"Orang ramai juga dinasihat supaya membawa bersama dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan," katanya.

Beliau berkata agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan dalam keadaan bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai keadaan cuaca semasa boleh melayari laman sesawang http://.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan