Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Hingga 15 Januari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember lepas dilanjutkan sehingga 15 Januari ini dan tempoh bayaran ditetapkan bermula 2 Februari depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata tempoh lanjutan itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan bujang berusia 21 tahun yang layak memohon mengemukakan permohonan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Elektrik Bersama Penduduk Setempat di pejabat TNB Bachok di sini, Sabtu.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, September lepas, kerajaan mengumumkan BR1M 2.0 diperluaskan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM250.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata seramai 30 penduduk miskin di Jajahan Bachok layak menerima bantuan pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka.

Katanya ia adalah projek rintis sebelum diperluaskan ke jajahan lain di negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan