PBT Disaran Tubuh Unit Pemantauan Dan Penyelenggaraan Cerun - Shaziman

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menubuhkan unit pemantauan dan penyelenggaraan cerun untuk memastikan tiada lagi kejadian cerun runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata walaupun ada PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mempunyai unit cerun sendiri, ia dilihat terlalu kecil berbanding bilangan cerun di kawasan mereka.

"Kekuatan unit ini penting terutama bagi kawasan PBT yang banyak cerun. Pemantauan dan penyelengaraan cerun seperti pastikan air mengalir dengan betul agak mudah dilakukan tetapi bila kita bercakap misalnya mengenai tahap kelembapan cerun dan tahap beban ditampung, ini memerlukan kepakaran.

"Paling penting langkah pencegahan dan pengesanan daripada awal, kita perlu ada jurutera dan ahli geologi untuk mengambil langkah perlu mencegah cerun itu menjadi 'tragedi'," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu beliau meninjau kawasan tebing runtuh berhampiran Kolej Kediaman Serumpun, Universiti Putra Malaysia di sini.

Kejadian petang Jumaat itu menyebabkan tujuh motosikal penuntut rosak.

Shaziman turut menyampaikan sumbangan peribadi RM500 setiap seorang kepada penuntut terlibat.

Beliau berkata pemantauan dan penyelengaraan cerun perlu dilakukan secara berterusan kerana masalah cerun runtuh selalunya tidak terjadi pada awal pembinaan sebaliknya berlaku antara 15 dan 20 tahun selepas pembinaan siap.

Garis panduan mengenai pembangunan di kawasan cerun yang telah disiapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2009 perlu dijadikan panduan untuk memastikan cerun di negara ini tidak mendatangkan mudarat kepada rakyat yang tinggal berhampiran, katanya.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) kini giat memantau dan menyelenggara kira-kira 21,000 cerun di kawasan jalan persekutuan seluruh negara.

"Kebanyakan cerun ini berada di negeri Perak, Pahang dan Sabah. Pada masa ini kami ada 34 pakar terdiri daripada jurutera dan ahli geologi untuk memastikan cerun ini selamat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan