Mangsa Banjir Kelantan & Terengganu Kekal 47 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Kelantan dan Terengganu sehingga 10 pagi Sabtu kekal 47 orang seperti semalam, menurut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara.

Di KELANTAN, 26 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu, 22 orang di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, di Pasir Puteh sementara empat mangsa lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Baharu.

Sementara itu di TERENGGANU, 21 orang mangsa masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan banjir Surau Kg Nyatuh, Setiu.

Jumlah korban banjir di Terengganu masih kekal enam orang setakat ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan