Lebih RM2 Juta Wang Ehsan Diagih Di Parlimen Pengkalan Chepa

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sebanyak RM2,487,150 wang ehsan telah diagih kepada sebahagian besar penduduk di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa sepanjang tahun lepas, kata Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin.

Beliau berkata antara bantuan yang disalurkan menerusi wang ehsan adalah bantuan awal persekolahan, persediaan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta bantuan membaiki rumah.

"Wang ehsan ini disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Pesekutuan (JPP) Kelantan sebagai penghubung kepada kerajaan persekutuan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

"Bantuan yang dihulurkan juga tidak berdasarkan fahaman politik, ia adil kepada semua pihak supaya rakyat tahu peranan yang kita mainkan di bawah pentadbiran JPP," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan kepada Pelajar IPTA kawasan Parlimen Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 115 pelajar menerima bantuan RM300 (bagi Matrikulasi dan Asasi Sains), RM500 (diploma) dan RM800 (ijazah) dengan peruntukan sebanyak RM75,000.

Dali berkata sepanjang 2012 juga, seramai 1,996 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA telah diberikan bantuan di bawah bantuan wang ehsan dengan peruntukan sebanyak RM1,193,600. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan