Kesilapan Kiraan Undi CEC DAP Memalukan - Karpal

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas amat memalukan parti, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.

Bagaimanapun, Karpal menafikan kesilapan itu direka bertujuan mahu membuktikan tidak wujud perkauman dan mendakwa DAP tidak perlu berbuat demikian untuk pemimpin Melayu diterima memegang jawatan utama.

Katanya kesilapan itu adalah pertama kali dalam sejarah DAP sejak 47 tahun lalu, bagaimanapun ia langsung tidak menjejaskan imej parti dan boleh diperbetulkan menerusi penjelasan.

"Kesilapan ini sememangnya memalukan DAP tetapi ia tidak disengajakan dan perkara ini terjadi disebabkan kecuaian manusia dan bukannya untuk mengambil hati orang Melayu seperti yang didakwa.

"Imej parti tidak akan terjejas kerana penjelasan boleh dibuat mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan ia membuktikan parti bersikap telus berhubung hal ehwalnya," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, sebuah akhbar berbahasa Malaysia melaporkan pelbagai pihak mempersoalkan dakwaan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC yang menyaksikan pemimpin Melayu parti itu, Zairil Khir Johari memenangi salah satu daripada jawatan berkenaan.

Mereka berpendapat kesilapan itu disengajakan kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama.

Ini kerana kesilapan hanya diumumkan kira-kira tiga minggu selepas pemilihan 15 Disember lepas, tetapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri mengakui beliau dimaklumkan perkara itu pada 17 Disember, iaitu dua hari selepas pemilihan.

Mengulas lanjut, Karpal berkata pegawai pemilihan kongres, Pooi Wong Keong yang melakukan kesilapan terbabit tidak seharusnya bertindak meletak jawatan kerana ia adalah tidak disengajakan.

Katanya pemimpin dan anggota DAP juga wajar memaafkan beliau kerana kesilapan sedemikian boleh berlaku ke atas mana-mana anggota parti yang bertanggungjawab menguruskan pemilihan kongres.

"Berikutan kesilapan ini, saya tidak menolak kemungkinan untuk mengupah audit luar bagi melakukan pengiraan dan penjadualan keputusan pada pemilihan kongres parti pada masa akan datang.

"Bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan dan beberapa perkara perlu diperhalusi termasuk mesyuarat di peringkat CEC sebelum sebarang keputusan muktamad boleh dibuat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan