Isu Pajakan Tanah: Kerajaan PAS Kelantan Didesak Tubuh Suruhanjaya Inkuiri Terbuka

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan didesak menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menjalankan inkuiri terbuka berhubung isu pajakan tanah di negeri ini supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar perkara tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat Kelantan kini menuntut kerajaan negeri membuat pendedahan terbuka dan telus mengenai isu pajakan tanah yang menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk kawasan lebih 4,000 hektar di Hulu Kelantan kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin DAP.

Rakyat sekarang ini ingin mengetahui sama ada kelulusan pajakan tanah yang diberikan kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin DAP berkenaan adalah kerana kerajaan negeri terpengaruh dengan DAP dan rapatnya hubungan DAP dengan PAS, katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra terhadap peniaga di Pasar Besar Tanah Merah di sini, Rabu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri yang dikatakan memberi pajakan tanah di jajahan Gua Musang kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin DAP yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Mustapa berkata rakyat kini ingin mengetahui sama ada proses pajakan tanah tersebut dibuat mengikut urusan perniagaan biasa atau luar biasa serta mereka ingin mengetahui kedudukan dasar tanah negeri sama ada sudah memberi keutamaan kepada "orang luar" berbanding rakyat negeri ini.

"Kita nak tahu sama ada tanah yang dianugerahkan itu mengakibatkan orang Kelantan yang pernah meneroka tanah berkenaan terpinggir, adakah orang luar diberi keutamaan dalam pemilikan tanah berbanding dengan orang Kelantan... orang Kelantan masih dahagakan tanah, adakah dasar kerajaan negeri tidak menganugerahkan tanah kepada rakyatnya sendiri sebalik menganugerahkan tanah kepada konco-konco dan kroni-kroninya termasuk DAP, ini semua rakyat nak tahu," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak harus takut untuk menjelaskan perkara sebenar secara telus sekiranya PAS yang mendakwa sebuah parti Islam jujur kepada rakyat.

Mengenai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menegaskan parti itu kekal dengan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam seperti yang diputuskan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010, Mustapa berkata PAS kini sebuah parti "kelam kabut" apabila pemimpinnya tidak sependapat mengenai isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

Akhbar melaporkan kenyataan Mohamad itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi dalam perutusan Krismas di laman blognya baru-baru ini apabila mengesa penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Sementara itu, Mustapa berkata PAS perlu mengakui bahawa "Amanat Haji Hadi" menyebabkan kalangan umat Islam di negara ini berpecah dan Abdul Hadi perlu menarik balik amanat tersebut.

"Apa yang patut PAS buat ialah mengaku kesilapan, mengapa takut, kita manusia ada kesilapan, kenapa hendak menegakkan benang yang basah walaupun ia memecahkan umat Islam," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan