DBKL Cadang Ibu Bapa Tanam Pokok Sempena Kelahiran Anak

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Sabtu mencadangkan agar ibu bapa yang mendapat cahaya mata pada tahun ini menanam sebatang pokok di ibu negara bagi memperingati kelahiran anak masing-masing dan membantu menjayakan inisiatif menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya lebih hijau.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata DBKL akan bekerjasama dengan hospital untuk melaksanakan cadangan itu.

Katanya DBKL akan membantu kerajaan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf antarabangsa yang mempunyai persekitaran kehidupan lebih kondusif, landskap menarik dan seni bina mempesona.

"Bagi menjayakan inisiatif KL lebih menghijau, DBKL bersama PEMANDU dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menanam 34,544 pokok pada 2011 dan 39,000 tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas upacara menanam pokok bersama Duta Besar China ke Malaysia Datuk Chai Xi sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Persatuan Persahabatan Malaysia-China (MCFA), di sini, Sabtu.

Beliau berkata untuk tahun ini, DBKL merancang menanam 30,000 pokok, manakala 5,000 lagi akan ditanam sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Chai Xi berkata upacara itu menjadi simbol hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara.

Katanya penanaman pokok bukan saja memberi manfaat kepada generasi semasa, tetapi juga generasi akan datang dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan erat sedia ada antara China dan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan