Bekalan Air Di Sebahagian Kuala Lumpur, Gombak Pulih - Syabas

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami krisis sejak 29 Dis lepas, kini pulih seperti sedia kala, demikian menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Jumaat.

Ia meliputi 15 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan 54 kawasan di Gombak.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata rumah pam di Wangsa Maju pada masa ini beroperasi pada tahap 170 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar biasa pada tahap 210 JLH.

"Justeru, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada kedudukan kawasan dengan kawasan yang berkedudukan tinggi akan mengambil masa untuk dipulihkan berbanding kawasan di kedudukan rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Priscilla berkata masih terdapat beberapa kawasan lagi di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan bekalan air seperti Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Kampung Tasek Permai dan Desa Lembah Permai.

Sehubungan itu, katanya SYABAS akan meneruskan pemantauan di semua kawasan terlibat di kedua-dua wilayah itu dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status bekalan air.

Priscilla dalam pada itu berkata secara keseluruhannya lori tangki ke kawasan yang terjejas telah dihantar melibatkan 707 penghantaran dengan 392 ke Kuala Lumpur dan 315 ke Gombak.

"Bagi tangki air statik, Syabas telah meletakkan sejumlah 173 tangki air statik di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan