Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang dijangka berterusan sehingga lewat petang Sabtu.

Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Sabah ialah di bahagian pedalaman Tambunan serta di bahagian pantai barat, daerah Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan,dan Tawau.

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Negeri Sembilan (daerah Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah), Melaka (daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Pahang (daerah Bentong, Temerloh dan Bera) Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah daerah Mukah dan Dalat.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan