Sebahagian Jalan Di Putra Perdana Dibuka Untuk Lalu Lintas Selepas Kejadian Tanah Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di kawasan kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagian berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya di sini, Jumaat.--fotoBERNAMA
Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di kawasan kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagian berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya di sini, Jumaat.--fotoBERNAMA

SUBANG JAYA: Hanya satu lorong di Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, dibuka pada pagi Jumaat selepas kejadian tanah runtuh, Khamis yang menyebabkan banjir lumpur dan kenderaan tertimbus.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata lumpur yang basah tidak boleh dibuang kerana ia sentiasa mengalir keluar dari lori.

Justeru, lumpur ditolak ke satu bahagian dan satu lorong dibersihkan untuk kemudahan lalu lintas, katanya.

Tiada siapa yang cedera semasa tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 6.15 petang Khamis di Bukit Cermin, Persiaran Putra Perdana, tetapi beberapa kereta telah tertimbus dalam lumpur.

Kenderaan berkenaan telah dibersihkan dan usaha sedang dilakukan untuk menundanya, katanya.

Beliau berkata keadaan terkini akan diberikan pada sidang akhbar selepas mesyuarat dengan pihak-pihak berkaitan pada pukul 3 petang untuk membincangkan tentang keselamatan cerun bukit dan bangunan di atasnya."

Lima kereta, sebuah van dan motosikal telah rosak.

Pihak pemaju projek perumahan tersebut Kingsley Hills Sdn Bhd, TanSri Barry Goh berkata pembinaan rumah tersebut bermula pada awal tahun lepas dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

"Kita mungkin terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut dan akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengenai tindakan seterusnya," katanya sambil menambah keluasan projek itu kira-kira 40.46 hektar.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan