Pembentukan PR Yang Sah: Pakatan Dakwa ROS Tidak Bercakap Benar

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak pembangkang terus menyalahkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berikutan kegagalannya untuk mendaftarkan tiga komponen utama mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai satu parti gabungan.

Malah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut mendakwa Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berbohong berhubung status permohonan terkini mereka.

"Beliau berbohong apabila mengatakan kami tidak mengemukakan permohonan baru selepas permohonan pertama ditolak.

"Kami mempunyai rekod termasuk salinan surat, serta butiran mengenai pegawai ROS yang terlibat ketika permohonan kedua dibuat," katanya ketika ditemui mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan terbaru ROS yang mengatakan pihaknya tidak pernah menerima permohonan baru daripada pembangkang selepas permohonan asal ditolak kerana Pengerusi Penaja ketika itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar daripada pakatan pembangkang.

Malah ROS turut nafi menerima permohonan baru atas nama Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar seperti yang didakwa Saifuddin.

Bagaimanapun Saifuddin tegas mengatakan bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan baru sejak 2010.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan