Menteri Besar Selangor Salahkan Syabas Dalam Krisis Air

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESTARI JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat terus menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan masalah bekalan air yang melanda 500,000 penduduk di Gombak dan Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa pihaknya telah mengesan kerosakan pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru sejak tahun lepas dan sudah memaklumkan kepada pihak Syabas mengenai perkara itu.

Abdul Khalid berkata demikian semasa melawat keadaan struktur bumbung 14 rumah di Taman Pancaran di sini yang senget dan retak.

Beliau berkata jika pengurusan Syabas sudah mengetahui mengenai kerosakan itu sepatutnya mereka bertindak.

Abdul Khalid berkata Syabas memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air.

Oleh itu, jika Syabas tidak mampu, serahkan sahaja konsesi air itu kepada kerajaan negeri, katanya.

Beliau juga berkata permohonan Syabas bagi membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong oleh Kerajaan Selangor pada awal tahun ini.

Mengenai tindakan Universiti Selangor (Unisel) menutup sembilan asramanya, Abdul Khalid berkata itu bukan kehendak Unisel tetapi adalah keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan.

Mereka mendapati saluran paip kumbahan asrama itu tidak disalurkan ke pusat pemprosesan kumbahan, katanya.

Rabu lepas Unisel mengarahkan asrama itu dikosongkan kerana terdapat keretakan pada bangunan itu dan ada antaranya yang mendap kerana dibina di atas kawasan lombong. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan