Isu Puspahanas: Ketua wanita Umno Selangor Digesa Buat Penjelasan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah digesa tampil membuat penjelasan berhubung isu projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Nasional (Puspahanas) yang dianugerahkan kepada syarikat miliknya, Awan Megah Sdn Bhd.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, Raja Ropiaah perlu memberi penjelasan terpeinci berhubung isu berkenaan kerana Awan Megah didakwa tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan.

"Awan Megah tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan, jadi beliau perlu jelaskan bagaimana projek milik Kementerian Pertahanan itu boleh diberikan kepadanya.

"Ada banyak persoalan yang perlu dijawab kerana Raja Ropiaah tidak sepatutnya diberikan kontrak bernilai RM130 juta itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, hasil semakan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati bahawa Awan Megah tidak pernah menjalankan apa-apa aktiviti sejak ditubuhkan.

"Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti.

"Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012. Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, syarikat itu tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif," katanya.

Selain itu Mohd Rafizi turut melabelkan Awan Megah sebagai 'syarikat Ali Baba' kerana hanya menerima komisyen dan keuntungan 'atas angin' apabila melantik sebuah syarikat lain iaitu GuppyUnip Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembinaan tersebut.

"Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai 'rakan kongsi' untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu.

"Saya merumuskan bahawa GuppyUnip Sdn Bhd menanggung keseluruhannya kos pembinaan Puspahanas dan kos pembangunan tanah 223.33 ekar itu kerana Awan Megah hanyalah membuat keuntungan atas angin," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan