Cuepacs Mahu Pekerja Kontrak Dilantik Semula

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta majikan mematuhi pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya pekerja kontrak di agensi kerajaan disambung semula perkhidmatan mereka sehingga akhir tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ketika ini seramai 300 pekerja kontrak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung dan 88 di Sarawak ditamatkan kontrak berkuat kuasa 31 Dis lalu dan mereka tidak dilantik semula seperti arahan pekeliling SPA pada November lepas.

"Penamatan perkhidmatan tidak sepatutnya berlaku memandangkan jabatan lain seperti Perbendaharaan telah mengikuti pekeliling dengan menyambungkan kontrak pekerja-pekerjanya sehingga akhir tahun ini (31 Dis 2013)," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

"Sekarang susah mahu mencari pekerjaan. Jika memberhentikan kontrak mereka maka masalah pengangguran semakin serius akan berlaku di negara ini.

"Jabatan yang enggan mengikut arahan pekeliling itu memberi alasan kekurangan bajet untuk melantik semula pekerja kontrak," katanya.

Justeru, Omar meminta pekerja yang tidak disambungkan kontrak agar melaporkannya kepada Cuepacs supaya perkara itu boleh dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Cuepacs juga mahukan supaya pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dikaji semula memandangkan timbul pelbagai kesulitan termasuk masalah permohonan cuti dalam talian.

Beliau mencadangkan supaya sistem itu ditukarkan kepada sistem manual bagi memudahkan penjawat awam melaksanakan pelbagai urusan pentadbiran yang melibatkan HRMIS.

Omar turut meminta kerajaan mengkaji semula waktu kerja petugas di 1Malaysia Call Centre yang beroperasi 24 jam di Putrajaya dengan mencadangkan pegawai yang sudah berkeluarga, bekerja pada waktu siang manakala mereka yang bujang, bekerja pada syif malam.

Selain itu, beliau juga menyarankan penambahan 100,000 penjawat awam di seluruh negara khususnya dalam bidang khidmat pelanggan.

"Cuepacs juga tidak bersetuju dengan cadangan SPA baru-baru ini untuk mengurangkan 10 peratus penjawat awam pada masa akan datang," katanya. -- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan