Bukan Tanggungjawab K'jaan Bayar Pampasan Tapi Pastikan Keselamatan & Bantuan Sewajarnya

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membayar ganti rugi kepada penduduk Puncak Setiawangsa dan kawasan sekitarnya setelah kawasan kediaman mereka disahkan tidak selamat tetapi bukan memberikan pampasan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, kerajaan juga tidak terlibat dalam membayar pampasan kepada mana-mana bangunan yang terlibat dengan perobohan ataupun penduduk sekitar yang diarahkan berpindah.

"Perkara berikut harus diselesaikan di antara pemaju dengan pembeli sendiri kerana mereka membeli di kawasan yang berisiko tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di tapak tanah runtuh di sini pada Khamis.

Raja Nong Chik berkata tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan dan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

"Soal nilai tanggungan kerajaan tidak timbul, ini adalah satu perkara yang berlaku di luar jangkaan," katanya. Raja Nong Chik berkata pemilik berhak menghantar sebarang memorandum tuntutan kerana itu adalah hak mereka.

"Kalau kerajaan kena tanggung apa yang pemaju sepatutnya bertanggungjawab, saya rasa itu tidak adil pada rakyat yang membayar cukai," katanya.

Dalam kejadian pada 10 malam Jumaat lepas, benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 50 hingga 60 meter itu runtuh mengakibatkan beberapa banglo, termasuk milik orang kenamaan, di kawasan Puncak Setiawangsa terjejas.

Lebih 200 penghuni yang terjejas dalam insiden itu diarahkan berpindah ke kawasan selamat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan