Bekalan Ikan Di Kedah Berkurangan Sejak Empat Hari Lepas

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEREBUT ... Orang ramai berebut mendapatkan ikan kembong disebabkan bekalan ikan kembong dan beberapa jenis ikan yang lain berkurangan sejak empat hari lepas ketika tinjauan Bernama di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah. -fotoBERNAMA
BEREBUT ... Orang ramai berebut mendapatkan ikan kembong disebabkan bekalan ikan kembong dan beberapa jenis ikan yang lain berkurangan sejak empat hari lepas ketika tinjauan Bernama di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Cuaca yang tidak menentu di Kedah sejak empat hari lepas menyebabkan bekalan ikan terutamanya ikan kembong berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Ishak Osman, 60, berkata selain bekalan berkurangan, harga ikan turut melambung tinggi iaitu dari RM3 hingga RM4 sekilogram kepada RM6 hingga RM7 sekali gus membebankan orang ramai.

Katanya ada juga sesetengah peniaga di tempat lain terpaksa menjual ikan kembong pada harga RM10 sekilogram menyebabkan pelanggan beralih kepada makanan lain.

Ishak yang menjadi pelanggan tetap di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah berkata dia terpaksa berebut untuk mendapatkan sekilogram ikan kembong yang mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

"Kalau habis terpaksa tunggu nelayan balik dari laut baru boleh beli," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah dekat sini Jumaat.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati hasil tangkapan nelayan kurang menyebabkan bekalan ikan terputus dan orang ramai terpaksa menunggu serta berebut-rebut untuk mendapatkan ikan kembong. Pelbagai jenis ikan lain juga turut berkurangan.

Seorang nelayan Mohammad Mohd Azhar, 53, berkata dia dan nelayan pantai lain terpaksa ke laut dalam untuk menangkap ikan memandangkan ikan kembong dan ikan lain di pesisir pantai semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.

Dia berkata keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ada nelayan tidak ke laut selain terpaksa menanggung kerugian kerana tidak memperoleh hasil tangkapan ikan seperti sebelum ini.

"Sekali turun ke laut terpaksa guna minyak lebih RM60 sebab kena pergi ke laut dalam. Kami terpaksa letak harga ikan tinggilah sebab kos bahan api kami guna meningkat daripada sebelumnya iaitu RM30," katanya.

Dia berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut untuk menangani masalah kekurangan bekalan pelbagai jenis ikan yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan