500,000 Pekerja Swasta Bersara Jika Umur Persaraan Berkuatkuasa 1 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mendakwa lebih 500,000 pekerja swasta akan tamat perkhidmatan jika pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun untuk sektor itu berkuatkuasa mulai 1 Julai.

Justeru, Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam penentuan tarikh penguatkuasaan umur persaraan minimum untuk pekerja sektor swasta dengan menetapkannya pada 1 Januari, bukannya 1 Julai.

"Dianggarkan dari Januari hingga Jun terdapat sekitar setengah juta pekerja yang bersara iaitu hampir seratus ribu pekerja bersara setiap bulan merangkumi syarikat kecil dan besar.

"Apa yang kita mahu pada hari ini ialah tarikh kuatkuasa dan tarikh pelaksanaan itu mestilah disatukan. Jadi mereka yang telah bersara pada 1 Januari hingga Jun, terus diambil untuk bekerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 300 anggota UNI-MLC menyerahkan memorandum kepada pegawai khas perdana menteri di sini hari ini.

Menurutnya keputusan kerajaan yang menetapkan tarikh kuat kuasa umur persaraan pada 1 Julai ternyata mengecewakan pekerja yang terjejas dan anggota keluarga mereka.

Pekerja juga perlu diberi peluang untuk memilih opsyen sama ada untuk terus bekerja sehingga 60 tahun atau menamatkan perkhidmatan mereka pada usia 55 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan