Proses Baik Pulih Tanah Asrama Unisel Ambil Masa Setahun - Naib Canselor

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Proses membaik pulih struktur tanah asrama Universiti Selangor (Unisel) yang mendap dijangka mengambil masa setahun dengan anggaran kos antara RM40 juta hingga RM60 juta.

Naib Canselornya Prof Dr Anuar Ahmad berkata sepanjang tempoh itu, kira-kira 3,000 penuntut Unisel yang menginap di asrama tersebut akan ditempatkan di beberapa premis lain.

Ini termasuk bangunan milik Unisel di Kota Puteri yang akan dijadikan asrama sementara kepada kira-kira 1,000 penuntut termasuk yang akan mendaftar pada Sabtu ini, katanya pada sidang media, di sini Khamis.

"Kos yang dikenakan kepada penuntut tetap sama iaitu RM200 seperti penginapan di kolej kediaman sebelum ini, malah kita turut menyediakan kemudahan pengangkutan dan Internet kepada penuntut di semua premis sementara," katanya.

Menurutnya berdasarkan laporan kerosakan bangunan itu yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, aktiviti mendapan masih aktif di kawasan bangunan yang menjejaskan sistem utiliti termasuk pendawaian elektrik.

Katanya pihak universiti juga sudah menghantar surat kepada syarikat pengurusan asrama Unisel, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), sehari selepas menerima laporan daripada JKR, meminta tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah itu.

"Kita masih tidak menerima sebarang respons dari pihak Jana Niaga dan masih menunggu untuk tempoh beberapa hari lagi sebelum tindakan susulan diambil bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera," katanya.

Anuar berkata JNSB juga wajar menyerahkan 'built operate transfer' (BOT) kepada Unisel sekiranya mereka tidak mampu menanggung kos baik pulih bangunan asrama berkenaan.

Sementara itu, Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta bagi membantu Unisel membaik pulih struktur bangunan asrma berkenaan.

Beliau berkata tindakan memindahkan penghuni asrama itu perlu selari dengan nasihat yang dikeluarkan JKR bagi memastikan penuntut selamat dan selesa ketika kerja baik pulih dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan