Pembangkang Bincang Usul Kalimah Allah Selasa Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi isu kalimah Allah yang ditimbulkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Selasa ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkenaan tidak berbangkit namun sedia berbincang sekiranya wujud pertikaian baru memandangkan pada 2010 Pakatan Rakyat bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.

"Saya percaya isu ini boleh dibangkitkan dalam mesyuarat walaupun Pakatan telah putuskan pada 2010.

"Hingga kini belum ada usul baru untuk pinda keputusan lama. Kalau timbul pandangan baru serta ada pihak bangkitkan...kita akan bincangkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Pada Januari 2010 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pendirian parti itu jelas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan