Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Duta Besar AS Ke Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran (kanan) menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones di pejabatnya di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran (kanan) menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones di pejabatnya di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul W. Jones di pejabatnya di sini.

Semasa pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Jones membincangkan pelbagai usaha mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelajaran terutama program Bantuan Pengajaran Bahasa Inggeris Fulbright (ETA) bagi membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah di negara ini.

Tahun lepas, peserta 50 ETA dari Amerika Syarikat ditempatkan di sekolah-sekolah menengah terpilih di Terengganu, Johor dan Pahang dan membantu guru-guru di Malaysia.

Tahun ini, program ETA akan diperluaskan ke Perak dan sejumlah 75 peserta ETA itu akan memulakan tugasan selama 10 bulan bagi memperkaya dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah terpilih di empat negeri bagi melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang menguasai Bahasa Inggeris.

Program itu adalah berdasarkan perkongsian komitmen di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Barack Obama, bagi memperluas program pertukaran rakyat dengan rakyat.

Program itu ditadbir bersama Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan