Monsun Timur Laut Dijangka Berterusan Hingga Mac

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Monsun timur laut atau musim tengkujuh yang kini dialami negara dijangka berterusan sehingga awal Mac.

Jabatan Meteorologi berkata dalam tempoh itu hujan lebat berterusan dijangka boleh berlaku di Kelantan, Terengganu, timur Pahang dan Johor seperti Segamat, Mersing, Kluang, Batu Pahat dan Kota Tinggi pada awal Januari.

Sabah dan Sarawak pula akan mula mengalami hujan lebat pada Januari dan Febuari terutama di bahagian utara dan timur Sabah serta bahagian barat dan tengah Sarawak.

Kawasan pantai barat Semenanjung pula dijangka mengalami hujan ribut petir pada sebelah petang dan awal malam, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini Khamis.

Jabatan itu berkata semasa perayaan Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Feb, cuaca di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu secara amnya dijangka baik.

Bagaimanapun, ribut petir di satu dua tempat dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan barat Johor, kata kenyataan itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan