Menghantar Anak Ke Pusat Jagaan Harian Adalah Lebih Murah - Pakar Ekonomi

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan harian dalam keadaan kekurangan pembantu rumah dan cara ini juga lebih menjimatkan, kata pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata keluarga yang mahu mengupah pembantu rumah perlu mempunyai pendapatan isi rumah gabungan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

Sambil menjelaskan bahawa mengupah seorang pembantu rumah bukanlah sesuatu yang murah, beliau berkata keluarga di mana ibu bapa pada usia pertengahan 30-an dan ke atas kurang mampu membuat bayaran sekali gus daripada simpanan mereka.

"Mereka yang baru berkeluarga dan mempunyai isi rumah akan mendapati bayaran RM8,000 sehingga RM12,000 sekali gus yang diperlukan untuk mendapatkan pembantu rumah sebagai sesuatu yang agak membebankan.

"Dalam tempoh lima tahun pertama, sekurang-kurangnya mereka perlu berjimat untuk kereta atau rumah," katanya dalam satu temu bual.

Beliau berkata peningkatan sektor perkhidmatan tertiari, termasuk perkhidmatan jagaan harian dan penjagaan kanak-kanak, adalah sejajar dengan kematangan ekonomi negara.

Malah, perkhidmatan yang lebih khusus, termasuk sumber luar kerja-kerja rumah dan penyelenggaraan akan menjadi lebih berleluasa, katanya.

Sebelum ini dilaporkan tidak lama lagi Malaysia mungkin menjadi pilihan terakhir pembantu rumah asing kerana kadar pertukaran semasa yang rendah serta negara-negara lain yang membayar gaji yang lebih tinggi.

Di pusat jagaan harian, Dr Yeah berkata terdapat juga 'trend' penubuhan pusat penjagaan dengan kualiti yang lebih baik yang disediakan mengikut permintaan ibu bapa dalam kelas pertengahan dan atasan.

Beliau berkata pusat penjagaan ini biasanya menawarkan perkhidmatan pendidikan kanak-kanak, yang dianggap penting oleh dalam meningkatkan pembangunan anak-anak mereka.

"Corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia secara purata mungkin akan beralih ke arah penggunaan pendapatan yang lebih besar terhadap perkhidmatan sedemikian. Saya rasa ibu bapa muda mungkin akan mendapati cara ini lebih baik kerana kosnya lebih rendah berbanding mempunyai seorang pembantu rumah sepenuh masa," katanya, sambil menambah bagaimanapun ini bergantung kepada lokasi keluarga.

Dr Yeah menggesa ibu bapa muda supaya mengimbangi keutamaan mereka berdasarkan tahap pendapatan kerana penjagaan dan gaji pembantu rumah akan menjadi sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah mereka.

Ketua Penyelidik Ekonomi MIDF Anthony Dass berkata walaupun 'trend' ibu bapa memilih pusat jagaan harian semakin meningkat, ia bukanlah sesuatu yang kukuh.

"Permintaan berterusan untuk pembantu rumah kerana rakyat mahukan mereka untuk menjaga kanak-kanak atau ibu bapa mereka. Inilah sebabnya mengapa pusat jagaan harian hanya boleh menjadi faktor pelengkap dan tidak boleh menjadi pengganti pembantu rumah," katanya.

Bersetuju bahawa gabungan pendapatan isi rumah RM5,000 adalah kadar "paling minimum" untuk mereka yang berminat menggaji pembantu rumah, Dass berkata mempunyai pembantu rumah masih menjadi pilihan yang lebih berdaya maju, akhirnya.

Dass berkata terdapat juga 'trend' di mana si ibu akan berhenti kerja untuk menjaga anak-anak mereka atau menghantar anak-anak tinggal dengan datuk dan nenek sepanjang minggu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan