Mangsa Banjir Terengganu Kekal 41 Orang

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 41 orang di pusat penempatan banjir dua daerah sehingga 8.30 malam Rabu ekoran air banjir yang belum reda meskipun cuaca baik.

Menurut portal banjir negeri, daripada jumlah tersebut, 20 orang di Hulu Terengganu iaitu ditempatkan di Dewan Batu 24 sementara seramai 21 orang di Setiu, ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh.

Mangsa-mangsa itu terdiri daripada lapan keluarga iaitu masing-masing empat di Hulu Terengganu dan di Setiu.

Jumlah korban banjir di Terengganu kekal enam orang.

Di KELANTAN, keadaan banjir di jajahan Pasir Puteh beransur pulih dengan 18 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan malam Rabu. Menurut portal banjir negeri, penduduk dari Kampung Gong Keding itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh. Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh Mohamad Hafiz Hamzah, ketika dihubungi berkata penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan dan selimut. Penyediaan makanan dilakukan secara gotong royong termasuk dengan kerjasama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan