Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Kekal 59 Orang

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu kekal seperti Rabu iaitu seramai 59 orang yang kini masih berada di pusat-pusat pemindahan, menurut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara sehingga 10 pagi Khamis.

Di TERENGGANU, 41 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu, 20 orang berada di Dewan Batu 24, Hulu Terengganu sementara 21 lagi ditempatkan di surau Kampung Nyatoh, Setiu.

Di KELANTAN, 18 orang berada di sebuah pusat pemindahan di Pasir Puteh.

Sementara itu di ibu negara, laluan terowong menuju ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di Jalan Tun Razak berdekatan Ampang Point, di sini ditutup sementara, sejak awal pagi, akibat banjir kilat.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur berkata laluan terowong itu ditutup dari 5 pagi sehingga 9 pagi setelah dimasuki air dan kerja-kerja menyisihkan air dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Sehingga 9.30 pagi laluan itu kini telah boleh dilalui oleh kenderaan," katanya sambil menambah disebabkan banjir kilat itu, ia menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar semasa warga kota ingin pergi ke tempat kerja. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan