Kerajaan Kerugian RM2.63 Juta Akibat Banjir Melanda Sekolah Pantai Timur

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM2.63 juta akibat bencana banjir yang melanda beberapa sekolah di pantai timur, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata Terengganu mencatat kerugian tertinggi iaitu RM1.9 juta membabitkan 39 sekolah, diikuti Kelantan (RM424,900 dengan 34 sekolah) dan Pahang (RM309,650 membabitkan sebuah sekolah).

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di sini, yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013, Khamis.

Kelewatan itu disebabkan sekolah berkenaan terbabit banjir.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata kerugian disebabkan kerosakan peralatan sekolah seperti kerusi, meja dan komputer yang sebahagiannya ditenggelami air walaupun sudah diletak di tempat tinggi.

"Selain itu, kerugian juga disebabkan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jeneris di sini dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) di Kuantan, Pahang yang berlaku pada 31 Disember lalu.

"Di SMK Kuala Jeneris kita melihat aliran air masih berlaku dan runtuhan itu telah menimpa bangunan asrama... walaupun penghuni belum masuk ke asrama, kita dah buat arahan kepada pihak konsultan untuk ambil tindakan untuk membaiki keadaan cerun tersebut," katanya.

Bagi SBPI Kuantan itu, Jabatan Kerja Raya mengesahkan tiga blok yang menempatkan asrama puteri, dewan makan dan rumah pengetua sebagai tidak selamat, katanya.

Sehubungan itu, kementerian menangguhkan pendaftaran pelajar tingkatan dua, tiga dan empat kepada 6 Jan, manakala pelajar tingkatan satu pula akan mendaftar pada 13 Jan dan pelajar tingkatan empat akan mendaftar pada 29 Jan, katanya.

Mohd Puad berkata kementerian juga telah memutuskan untuk memindahkan 271 pelajar yang menghuni asrama puteri itu ke bangunan rumah kedai yang disewa untuk tempoh tiga bulan bagi membolehkan runtuhan di bangunan terbabit dibaiki.

"Kita jangka proses membaiki runtuhan itu akan mengambil tempoh tiga bulan jadi kita akan sewa rumah kedai sejauh 1.5 kilometer untuk sementara waktu.

"Kita juga telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang menyediakan pengangkutan iaitu bas JPN dan sekolah lain utk mengangkut pelajar ini ke sekolah," katanya.

Ditanya mengenai tindakan kementerian dalam menangani masalah banjir yang sering berlaku di beberapa sekolah di Hulu Terengganu, Mohd Puad berkata pihaknya memohon kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melihat beberapa aspek, terutama perparitan di kawasan berkenaan.

"Oleh kerana Hulu Terengganu ini kawasan rendah, ia membabitkan juga pihak-pihak yang lain...kita tahu bahawa kos untuk kita buat sistem saliran yang komprehensif itu melibatkan kos yang agak tinggi.

"Sebab itu dalam menghadapi banjir ini, kita ada prosedur 'payung' iaitu peralatan dan dokumen penting perlu diletakkan di tempat atas, namun mungkin banjir melanda ketika musim cuti sekolah, jadi perkara ini tidak dapat dielakkan dan berlaku kerosakan yang mengakibatkan kerugian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan