Kementerian Pertahanan Perkukuh Hubungan Diplomasi Ketenteraan Dengan Negara Asean

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan terus memperkukuhkan hubungan diplomasi ketenteraan dengan semua negara Asean, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, usaha itu dibuktikan dengan memperluaskan penyediaan kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) bagi sijil diploma dan sarjana dalam bidang Sains Sosial Pertahanan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Penyertaan negara-negara Asean (dalam kursus) merupakan satu kerjasama untuk mengeratkan hubungan diplomasi ketenteraan di kalangan negara-negara Asean.

“Kementerian Pertahanan menjangkakan pengambilan siri 33 dan seterusnya ini akan memperbanyakkan lagi penglibatan dari negara-negara berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi MPAT Siri 32/2012 di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, Panglima Tentera Laut, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Komander MPAT, Laksamana Pertama Aris Adi Tan Abdullah.

Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan kursus oleh MPAT memberi penganugerahan sarjana merupakan nilai akademik yang tinggi.

Ini katanya, turut memberi pengiktirafan dan pendedahan kepada para peserta untuk mempertingkatkan kerjaya dalam bidang ketenteraan.

“Kolej ini (MPAT) begitu terkenal sehingga ke luar negara dan para alumni kebanyakannya adalah (berpangkat) panglima, bukan sahaja di sini tetapi di negara luar.

“Ini membuktikan struktur dan modul kursus kita cukup relevan bukan sahaja kepada pegawai-pegawai kanan yang mengikutinya tetapi ia akan mempersiapkan pembentukan keperibadian dan profesionalisme kepada bakal pegawai tinggi yang dikeluarkan kolej,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, hubungan di kalangan negara Asean dilihat begitu kukuh terutama menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus yang merupakan mesyuarat ADMM antara negara-negara Asean dengan negara-negara lain.

“Hubungan diplomasi ketenteraan ini bukan sahaja menerusi latihan-latihan di tempat lain tetapi juga program pertukaran dan latihan bersama di kalangan pegawai-pegawai kanan,” katanya.

Majlis Graduasi MPAT kali ke-32 pada Khamis menyaksikan seramai 39 pegawai yang terpilih mengikuti kursus selama setahun yang bermula pada 9 Januari 2012.

Leftenan Kolonel Zaminuddin Zainal Abidin dari Kor Amor Diraja – Tentera Darat Malaysia terpilih sebagai peserta cemerlang dalam akademik dan terbaik keseluruhan untuk kursus MPAT siri-32.

Peserta kursus terdiri daripada 20 pegawai Tentera Darat Malaysia, tujuh pegawai Tentera Laut Malaysia, tujuh pegawai Tentera Udara Malaysia, seorang pegawai Jabatan Perdana Menteri dan empat pegawai mewakili Asean, masing-masing dari Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Sejak MPAT ditubuhkan pada 1981, seramai 1,067 pegawai dan peserta lain telah tamat menjalani kursus manakala bagi peserta antarabangsa, ia merupakan penyertaan kali keenam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan