Asrama Unisel Diarah Tutup

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Audit Negara sementara menunggu kerja-kerja naik taraf selesai.

Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad berkata pelajar yang telah mendaftar akan diletakkan di lima tempat yang berdekatan dengan universiti berkenaan.

"Pelajar-pelajar akan bertempat Azalea Court, Bandar Tasik Puteri (asrama perempuan), Asrama Unisel Kota Puteri, rumah banglo dan berkembar di Bukit Minyak Bestari Jaya, Taman Ilmu Bestari Jaya dan Mega Crystal Resort, Kuala Selangor.

"Setiap pelajar perlu membayar RM200 setiap bulan, termasuk kos pengangkutan, utiliti dan perkhidmatan lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web rasmi universiti berkenaan.

Katanya pelajar juga boleh mencari penginapan mereka sendiri jika mereka berminat.

Difahamkan bahawa ramai pelajar dan ibu bapa sangat kecewa dengan perkara tersebut.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam isu pendidikan, Dr Halimah Ali dijangkan membuat kenyataan berhubung isu itu pada Khamis.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan