Polis Minta Kerja Pembalakan Di Hutan Dihentikan Semasa Banjir

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Pengusaha dan pekerja pembalakan di kawasan hutan terpencil di negeri Pahang dinasihatkan memberhentikan kerja mereka pada musim banjir ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azad Ismail berkata pengusaha dan pekerja berkenaan diingatkan supaya meninggalkan rumah kongsi di kawasan pembalakan mereka bagi mengelak daripada terkandas akibat banjir dan serangan gajah liar.

Beliau memberi nasihat tersebut berikutan kejadian seorang warga emas, Thong Weng Chun, 80, ditemui mati dalam keadaan berulat di sebuah kongsi balak di Bukit Harimau Ulu Tembeling, dekat sini pada 22 Disember lepas.

Azad berkata mayat lelaki itu dijumpai dalam rumah kongsi tersebut yang separuh ranap dipercayai dipijak sekumpulan gajah liar.

"Banyak tompokan najis gajah dijumpai sekitar rumah kongsi itu, dan mangsa dipercayai mati lima hari sebelum mayatnya dijumpai," katanya di sini, Rabu.

Menurut Azad, mangsa menjaga rumah kongsi balak itu seorang diri dan pekerja pembalakan lain bercuti kerana keadaan kawasan itu banjir.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk yang kerap memasuki kawasan hutan supaya memaklumkan kepada polis terlebih dahulu bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada terjadi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan